PPB3K-FAQ

PPB3K-FAQ

Saturday, July 2, 2011

Apa itu PPB3K?


PPB3K bermaksud Program Produktiviti Bersepadu 3K (Kesedaran Diri – Kesedaran Kerja Berpasukan – Kesedaran Kepimpinan). PPB3K ialah satu program pembangunan diri dan organisasi di dalam Bahasa Malaysia yang menekankan soal Kesedaran Diri – Kesedaran Kerja Berpasukan – Kesedaran Kepimpinan secara bersepadu.


Kenapa perlu kepada PPB3K?

PPB3K diperlukan untuk tujuan berikut;

Individu : Peningkatan Produktiviti Peribadi
Organisasi : Asas Transformasi Organisasi


Bagaimana PPB3K dilaksanakan?

Bagi mencapai tujuan di atas, modul-modul berikut dilaksanakan secara bersepadu serta melaksana susulan terhadap modul-modul yang telah dilaksanakan tersebut secara sistematik dan berterusan. Modul-modul tersebut ialah;

Kesedaran Diri - Anda Dilahirkan Berjaya & Kreativiti Untuk Berjaya.
Kesedaran Kerja Berpasukan - Kami Berjaya 1 & Kami Berjaya 2.
Kesedaran Kepimpinan - Pimpinan Berjaya 1 & Pimpinan Berjaya 2.

Penyampaian setiap modul-modul ini akan menggunakan kaedah syarahan, perbincangan kumpulan, permainan kumpulan, video dan muzik.


Apakah keunikan PPB3K?

Setiap penerangan idea modul-modul dalam PPB3K akan berteraskan satu konsep yang dinamakan ‘Stick Person’. ‘Stick Person’ merupakan gambaran keseluruhan seorang manusia. Melalui gambaran ini nanti, dapat dijelaskan dengan mudah bagaimana diri seorang manusia itu beroperasi. Bila kita tahu bagaimana kita beroperasi dalam menghadapi sebarang cabaran di luar diri kita, maka lebih mudah kita membetulkan tindak tanduk kita dan seterusnya berupaya mempengaruhi hasil yang dikehendaki.


Bolehkah setiap modul-modul PPB3K ini boleh dilaksanakan secara berasingan?

Boleh. Modul-modul ini telah disusun agar ianya boleh dilaksanakan secara berasingan ataupun secara bersepadu. Namun untuk mencapai faedah yang optima, ditekankan agar setiap modul ini dilaksanakan secara bersepadu.


Dimana PPB3K dilaksanakan?

PPB3K dilaksanakan secara dalaman untuk satu organisasi.


PPB3K untuk siapa?

PPB3K sesuai untuk semua golongan seperti berikut;

Perkhidmatan Kerajaan
Perkhidmatan Swasta
Bidang Penjualan
Bidang Insuran
Bidang Jualan Langsung & MLM
Industri Kecil dan Sederhana
Bidang Keusawanan
Pelajar


Adakah PPB3K senang untuk dipraktikkan?


Senang! PPB3K telah disusun dengan mengambil kira agar ianya mudah dan praktikal untuk diamalkan bila pulang dari sebarang modul PPB3K ini. Tambahan pula modul-modul ini dibawa dalam Bahasa Malaysia serta menggunakan contoh-contoh tempatan agar memudahkan setiap orang memahaminya dengan mudah.


Bagaimana PPB3K akan menguntungkan diri dan organisasi saya?


Ketika ini ramai yang terlupa mengenai soal asas lalu menyebabkan ramai yang membuang tenaga, masa dan wang. Bagi mengatasi cabaran ini, modul-modul PPB3K menekankan soal-soal asas kesedaran diri, kerja berpasukan`dan kepimpinan yang mesti dilaksanakan secara bersepadu jika seseorang individu atau sesuatu organisasi itu mahu berjaya.


Bolehkah saya menjadi agen/jana pendapatan melalui PPB3K?

Melalui skim jana pendapatan PPB3K, anda berupaya menjana pendapatan tambahan yang mudah dan berbaloi. Sila hubungi saya di talian 019-2245-079 atau email saya di sssabasic@yahoo.com


Apakah yang membuatkan tuan boleh terdetik untuk memulakan idea PPB3K dan seterusnya mendalaminya?

PPB3K bermula berdasarkan satu kesedaran bahawa diri kita ini amat berharga dan tujuan hidup kita di dunia ini amat penting sesuai dengan apa yang diperintah oleh Tuhan. Namun ramai yang tidak punya kesedaran ini.  Tambah pula, masa yang ada pada tangan kita amat pendek walaupun kita menyangka kita punya masa yang panjang. Seharusnya, setiap detik masa itu dipergunakan sebaik mungkin bagi mencapai tujuan hidup ini.

PPB3K menyediakan satu kaedah yang sistematik dan berterusan bagi menangani keperluan di atas. Kaedah ini meliputi tiga kesedaran asas yang perlu ada pada setiap manusia bagi membina hidup yang sejahtera-bahagia-kaya iaitu Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan. Tambah pula, PPB3K ini telah disediakan dengan menitikberatkan hubungan seorang manusia itu dengan Penciptanya dan hubungan seorang manusia itu dengan manusia lain.


Apakah yang memberikan tuan kepuasan semenjak menceburinya?

Kepuasan utama yang saya perolehi ialah bilamana ilmu dan kaedah yang ada dalam PPB3K ini menyebabkan seseorang atau organisasi itu berubah ke arah kehidupan yang lebih produktif. This is the feeling which money cannot buy!

Selain itu, saya sangat puas hati kerana telah dapat menyiapkan PPB3K ini seperti mana yang ada sekarang kerana saya yakin PPB3K merupakan satu kumpulan ilmu asas yang amat diperlukan oleh semua manusia bagi membina hidup yang sejahtera-bahagia-kaya. Jika dulu PPB3K ini merupakan satu khayalan tetapi kini PPB3K telah menjadi satu realiti. Saya harap PPB3K akan menjadi satu sumber bagi memperkayakan lagi kumpulan ilmu dalam bidang pembangunan manusia dan organisasi.


Daripada mulanya idea sehingga sekarang, apakah tanda2 atau apa yang tuan telah nampak betapa pentingnya program macam PPB3K ni?

Tanda penting yang jelas saya nampak ialah bilamana satu ilmu yang meliputi ke tiga-tiga kesedaran ini (Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan) ada pada seseorang itu, maka akan timbul satu tahap kesedaran tinggi dimana wujudnya cara pandang terhadap kehidupan ini yang bersifat menyeluruh (holistic). Beliau menjadi seorang yang berpandangan jauh tetapi pada masa yang sama beliau amat peka dengan apa yang perlu dilaksanakan sekarang.


Apa hobby tuan? Apa passion tuan?

Hobi dan passion saya merupakan perkara yang sama. Hobi dan passion saya ialah mengenali siapa itu manusia dan organisasi. Seterusnya mengetahui bagaimanakah seseorang manusia atau organisasi itu mampu mencapai segala matlamat yang telah ditetapkan. Saya yakin jika kita punya ilmu dan pengalaman ini, sudah pasti kita menjadi hebat dan campaklah kita kemana pun, kita tetap hebat!

Segala ilmu dan pengalaman mengenai apa yang telah saya perolehi inilah yang telah disusun hingga terhasilnya PPB3K.


Daripada pengalaman yang banyak tuan tempohi, suka duka dalam hidup dan kerjaya, apa yang tuan ingin kongsikan dalam kontek PPB3K?

Perkara pokok yang mahu saya kongsikan ialah setiap manusia itu perlu kenal diri sendiri. Sungguh, untuk kenal diri itu boleh dibuat dalam berbagai kaedah. Namun, kaedah yang dikongsi dalam PPB3K ini merupakan satu kaedah yang cukup mudah dan praktikal. Kenal diri melalui PPB3K akan dibuat berdasarkan satu rajah yang mewakilli diri seorang manusia. Seterusnya melalui rajah tersebut, manusia boleh mengetahui bagaimana diri beliau beroperasi dalam mengeluarkan hasil dalam hidupnya.

Selepas kenal diri, seorang manusia itu perlu cemerlang dalam tiga kesedaran iaitu dalam Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan. Tiga kesedaran ini amat penting bagi seseorang manusia cemerlang dalam tiga perkara iaitu dalam mengejar matlamat, dalam bekerja dalam satu pasukan dan dalam memimpin sebuah pasukan. Bukankah ini perkara-perkara amat penting bagi kehidupan seorang manusia?


Apa pula dalam kontek keluarga? Pelajar?

Obviously, ke tiga-tiga perkara di atas (mengejar matlamat, bekerja dalam satu pasukan dan memimpin sebuah pasukan) amat penting bagi sebuah institusi keluarga. Bayangkan bila semua anggota sebuah keluarga ini mempunyai ilmu dan mengamal ketiga-tiga kesedaran ini, dengan izin Tuhan keluarga itu akan mampu membina sebuah keluarga yang berwawasan, saling sokong menyokong dan berpegang kuat kepada nilai-nilai murni yang sejajar dengan perintah Tuhan.

Perkara yang sama akan dialami oleh seorang pelajar bilamana mempunyai ilmu dan mengamal ketiga-tiga kesedaran ini. Pelajar itu akan jelas dengan apa yang mahu dicapai hidup ini terutama dalam kerjaya beliau nanti. Bila ini jelas, maka beliau akan nampak mengapa pelajaran beliau amat penting kerana pelajaran itu akan menjadi jambatan bagi mencapai matlamat kerjaya beliau. Di samping itu, pelajar itu akan menjadi seorang yang ’all rounder’ kerana beliau mahir dalam bekerja dalam seseuatu pasukan serta mahir dalam memimpin satu-satu pasukan. Bukankah ini perkara-perkara yang mahu dibina dalam diri seorang pelajar masakini?


Bagaimana dengan feedback dari peserta2 yang telah mengikuti program so far?

Secara peribadi, saya bangunkan PPB3K di atas niat saya bagi membantu seorang manusia itu jelas dengan tujuan hidupnya di dunia ini. Namun, saya juga jelas bahawa untuk mengubah seseorang itu merupakan luar kuasa saya dan apa yang saya hanya boleh lakukan ialah setakat cuba mempengaruhi seseorang manusia itu berubah. Saya hanya menumpukan kepada usaha untuk beri yang terbaik. Selainnya saya serahkan kepada Yang Maha Kuasa.

Apa pun, sehingga kini, rata-rata feedback dari para peserta amat memberangsangkan. Segala puji bagi Tuhan!  


Apa "value propositions" product PPB3K?

Value proposition PPB3K ini ialah menyediakan satu pengalaman yang cukup rapat dengan kehidupan atau ’intimacy’ bagi seseorang yang mengikuti PPB3K ini. Bermulanya ’intimacy’ ini untuk mereka ialah dengan berkongsi idea bahawa diri mereka cukup istimewa dan kita perlu melihat diri mereka dan setiap manusia lain itu sebagai ’manusia’ dan bukan ’benda’.

Bertolak dari situ, ’intimacy’ ini akan diteruskan dengan membawa mereka mengenali keupayaan mereka dalam tiga kesedaran iaitu Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan. Ini merupakan satu pengalaman yang cukup ’intimate’ dan amat berguna bagi membina hidup yang sejahtera-bahagia-kaya.

Bila ini berlaku pada setiap manusia dalam sebuah organisasi, sudahnya organisasi itu akan turut maju.


Bagaimana tuan boleh convince orang2 yang skeptikal tentang program2 seperti ini?

Mmm … interesting question. Cuba kita lihat cerita kita di masa lalu. Ramai pemimpin organisasi mengambil masa terlalu lama atau masih tidak berupaya membina produktiviti dan mengajak anggota kerja mereka melaksanakan transformasi organisasi bagi membina organisasi yang cemerlang. Ramai pemimpin-pemimpin ini sebenarnya nampak keperluan program-program seperti ini untuk memacu anggota kerja mereka, namun disebabkan mereka selalu melaksana program ini secara tidak sistematik dan tidak berterusan, sudahnya mereka hilang kepercayaan dengan program seumpama ini.

Untuk semata-mata menyalahkan pemimpin dalam soal ini tidak boleh juga sebab tidak terdapat satu program dalam pasaran yang bersifat asas dan menyeluruh untuk menangani keperluan ini.

Menyedari hakikat inilah PPB3K diwujudkan. PPB3K menekankan soal-soal asas dan menyeluruh mengenai pembangunan manusia dan organisasi. Tambah pula PPB3K dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia di samping menggunakan contoh-contoh tempatan akan memudahkan kita memahami segala konsep PPB3K ini dengan lebih mudah.

Mungkin ada yang menyatakan bagi melaksanakan keseluruhan program ini mengambil masa yang lama. Namun, masa perlaksanaan PPB3K ini sebenarnya jauh lebih singkat daripada masa yang telah kita sia-siakan selama ini bagi menangani isu produktiviti anggota kerja dan transformasi organisasi ini. Fikirkan ...


Apa perancangan tuan untuk penambahbaikan program PPB3K? 

Bagi saya, dari dulu hingga kini, PPB3K tidak pernah siap 100%. Dari pengalaman, setiap kali saja saya terfikir bahawa sesuatu modul dalam PPB3K itu telah siap sepenuhnya, akan timbul berikutnya idea baru bagi menambahbaik modul tersebut. Atas sebab itu, saya telah ‘quit thinking’ bahawa PPB3K ini akan siap sepenuhnya.

Secara asasnya, rangka kerja (framework) PPB3K yang menekankan soal Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan itu tidak akan diubah. Itu tetap akan menjadi slogan PPB3K dalam soal bagaimana membangunkan manusia dan organisasi.

PPB3K akan sentiasa ditambahbaik sesuai dengan perkembangan ilmu manusia. Segala ilmu yang dikenalpasti baik itu akan di ‘adopt and adapt’ ke dalam PPB3K.

Disamping itu, penambahbaikan lain yang akan dilaksanakan ialah dengan mencari idea dan kaedah agar PPB3K menjadi satu program yang menekankan soal ‘experiential learning’. Untuk itu, PPB3K harus santai dalam penyampaiannya.  Agar penyampaiannya santai, saya akan menekankan soal ‘edutainment’ iaitu adunan pendidikan dan hiburan.

    
Apa idealism or ideal yang hendak disampaikan dalam PPB3K ini?

Perhatikan apa yang berlaku kepada ramai manusia sekarang. Hidup mereka kelihatan begitu sebok tetapi hasil yang diperolehi tidak seberapa. Sudahnya ramai yang rasa hidupnya tertekan. Hidup terasa bagai robot. Mereka tidak tahu bagaimana harus keluar dari cara hidup sedemikian. Sudahnya banyak yang terjebak kepada penyakit kronik dan gejala sosial.

Apa yang diperlukan oleh manusia-manusia sebegini ialah satu bentuk kesedaran asas. Melalui kesedaran asas ini nanti, mereka akan berupaya melihat diri mereka dalam hidup ini dan mula berupaya merencana agar sejahtera-bahagia-kaya dalam hidup ini.

Sudahnya, kesedaran asas inilah yang mahu disampaikan oleh PPB3K. Kesedaran asas yang akan disampaikan ialah kesedaran asas dalam Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan.


Bagaimana PPB3K dapat membantu transformasi diri individu?

Transformasi individu pada peringkat paling asas ialah individu tersebut perlu punya matlamat dalam hidupnya. Bilamana bermatlamat, seorang individu barulah mampu meletakkan  dirinya pada garisan yang betul bagi mentransformasi diri beliau.

PPB3K akan membantu secara khusus bagaimana seseorang individu itu menetapkan matlamat beliau. Bagi mencapai matlamat tersebut, penerangan khusus akan diberikan mengenai dirinya dan bagaimana dirinya beroperasi. Ini penting bagi mengoptima penggunaan dirinya. Seterusnya, pengoptimaan diri ini tidak mampu dicapai jika tidak difokuskan kepada satu matlamat. Pencapaian matlamat itu kelak akan dijadikan kayu ukur samada individu tersebut telah berjaya mengoptima penggunaan dirinya.

Bagi membantu menangani cabaran semasa menyusuri perjalanan dalam usaha capai matlamat itu kelak, PPB3K akan membekalkan ilmu bagaimana untuk memperkuatkan hati (hati bertindak sebagai ’raja’ dalam diri) dan meningkatkan kreativiti diri. Ini penting kerana dua perkara ini bertindak sebagai ’shield’ kepada diri dalam menghadapi sebarang cabaran.

Bagi memperlengkapkan individu tersebut, ilmu asas dalam bagaimana untuk bekerja dalam satu pasukan dan bagaimana memimpin satu pasukan akan dibekalkan. Dua ilmu asas ini amat penting kepada individu tersebut kerana hidup individu tersebut perlu sentiasa berhubungan dengan manusia lain terutama dalam usaha mencapai matlamat beliau itu. Keupayaan melaksana ilmu ini pasti menjadi tuas (leverage) untuk memudahkan dan mempercepatkan beliau mencapai matlamatnya.


Dari soalan diatas, bagaimana ia dapat pula membantu transformasi organisasi?

Itu mudah. Sebagaimana kita maklum, organisasi itu diwujudkan dan ditadbir oleh individu-individu. Dalam kata lain, jika individu-individu yang menganggotai organisasi tersebut hebat, dengan sendirinya organisasi itu akan jadi hebat dan sebaliknya jika indidu-individu dalam organisasi tersebut kucar kacir, maka organisasi tersebut akan ikut kucar kacir.

Sudahnya apa maksud perenggan di atas?

Jika kita mahu mentransformasi organisasi, laksanakan saja apa yang telah dinyatakan dalam soalan di atas kepada setiap individu dalam organisasi tersebut. Hanyanya, pemimpin organisasi tersebut mesti peka untuk menghalakan segala matlamat-matlamat individu dalam organisasi itu agar sejajar dengan matlamat besar organisasi. 

Hebat Individu membawa kepada Hebat Organisasi!


Apakah individu dalam syarikat lebih besar atau penting dari syarikat? Adakah ia satu conflict? Atau hanya penyatuan perlu dicari antara individu dan syarikat supaya "alignment" arah tuju sama?

Berlakunya fenomena seperti soalan saudara ini adalah kerana sebab asas yang tidak ditangani. Apakah sebab asas itu? Sebab asas itu ialah individu-individu dalam organisasi itu tidak jelas hubungkait antara setiap individu dengan organisasi yang dianggotainya.

Setiap individu dalam organisasi amat penting. Mereka semua punya peranan dan tanggunjawab yang unik yang perlu dimainkan bagi mencapai matlamat organisasi. Jika salah seorang gagal memainkan peranannya, maka tempanglah organisasi tersebut.

Sudah semestinya wujud konflik bilamana seseorang individu itu merasakan dirinya lebih ‘besar’ dari organisasinya. Penyatuan antara individu-individu dan organisasi akan mudah tercapai jika setiap individu dalam organisasi tersebut memahami dan melaksanakan apa yang disampaikan dalam PPB3K ini.


Apakah bukti2 yang dapat diberikan untuk mengukuhkan message dari PPB3K ini?

Salah satu bukti utama yang dapat diketengahkan sebagai penerimaan kepada message yang dibawa oleh PPB3K ini ialah penerimaan PPB3K di Tenaga Nasional Berhad.

Sebagaimana sedia maklum, TNB sebagai antara organisasi terunggul dan penting di negara ini, sudah pasti mengambil berat mengenai pembangunan kompetensi anggota kerjanya secara holistic (core and support competencies) bagi memastikan anggota kerjanya mampu melaksana segala tugas. Tugas mereka ini cukup penting dan ini sesuai dengan slogan TNB yang berbunyi ’keep the lights on’. Ini amat kritikal bagi pembangunan negara.

Bertolak dari latarbelakang di atas, sudah pasti TNB amat kritikal dalam pemilihan program untuk anggota kerja mereka. Dalam kata lain, TNB tidak sewenang-wenangnya menerima program yang ditawarkan oleh pasaran. PPB3K telah diterimapakai dalam TNB selepas TNB melihat PPB3K menyediakan satu pendekatan yang praktikal bagi menangani keperluan anggota kerjanya. Seperti katanya Dato Azman, CEO TNB yang baru, “Mior, please continue. Don’t Stop!”

Ketika ini, modul-modul PPB3K sedang digunapakai dalam berbagai inisiatif latihan dan pengurusan perubahan di TNB.  Antara inisiatif dalam TNB yang menggunapakai modul-modul PPB3K ialah;

Program ‘Sustainability’ - Bahagian Penghantaran
Program ‘Young Executive Development’ - Bahagian Penghantaran
Program ‘Unit Business Intervention’ – Bahagian Penghantaran
Program ‘Packaging Expertise’ – Bahagian Penghantaran
Program ‘Team Development’ – Bahagian Hal-Ehwal Korporat
Program ‘Leadership Development’ – Bahagian Pembahagian
Program ‘Pemerkasaan Diri’ – Pasukan Hoki TNB
Program Pembangunan Diri & Kepimpinan – ILSAS, TNB
Program  Pembangunan Pelajar tajaan Yayasan Tenaga Nasional.

Sudahnya, secara logik, jika organisasi besar seperti TNB mendapat faedah dari PPB3K ini, sudah pasti organisasi lain juga boleh menerima faedah yang sama!