PPB3K bermaksud Program Produktiviti Bersepadu 3K (Kesedaran Diri – Kesedaran Kerja Berpasukan – Kesedaran Kepimpinan). PPB3K ialah satu program pembangunan diri dan organisasi di dalam Bahasa Malaysia yang menekankan soal Kesedaran Diri – Kesedaran Kerja Berpasukan – Kesedaran Kepimpinan secara bersepadu.
Kenapa perlu kepada PPB3K?
PPB3K diperlukan untuk tujuan berikut;
Individu : Peningkatan Produktiviti Peribadi
Organisasi : Asas Transformasi Organisasi
Bagaimana PPB3K dilaksanakan?
Bagi mencapai tujuan di atas, modul-modul berikut dilaksanakan secara bersepadu serta melaksana susulan terhadap modul-modul yang telah dilaksanakan tersebut secara sistematik dan berterusan. Modul-modul tersebut ialah;
Kesedaran Diri - Anda Dilahirkan Berjaya & Kreativiti Untuk Berjaya.
Kesedaran Kerja Berpasukan - Kami Berjaya 1 & Kami Berjaya 2.
Kesedaran Kepimpinan - Pimpinan Berjaya 1 & Pimpinan Berjaya 2.
Penyampaian setiap modul-modul ini akan menggunakan kaedah syarahan, perbincangan kumpulan, permainan kumpulan, video dan muzik.
Apakah keunikan PPB3K?
Setiap penerangan idea modul-modul dalam PPB3K akan berteraskan satu konsep yang dinamakan ‘Stick Person’. ‘Stick Person’ merupakan gambaran keseluruhan seorang manusia. Melalui gambaran ini nanti, dapat dijelaskan dengan mudah bagaimana diri seorang manusia itu beroperasi. Bila kita tahu bagaimana kita beroperasi dalam menghadapi sebarang cabaran di luar diri kita, maka lebih mudah kita membetulkan tindak tanduk kita dan seterusnya berupaya mempengaruhi hasil yang dikehendaki.
Bolehkah setiap modul-modul PPB3K ini boleh dilaksanakan secara berasingan?
Boleh. Modul-modul ini telah disusun agar ianya boleh dilaksanakan secara berasingan ataupun secara bersepadu. Namun untuk mencapai faedah yang optima, ditekankan agar setiap modul ini dilaksanakan secara bersepadu.
Dimana PPB3K dilaksanakan?
PPB3K dilaksanakan secara dalaman untuk satu organisasi.
PPB3K untuk siapa?
PPB3K sesuai untuk semua golongan seperti berikut;
Perkhidmatan Kerajaan
Perkhidmatan Swasta
Bidang Penjualan
Bidang Insuran
Bidang Jualan Langsung & MLM
Industri Kecil dan Sederhana
Bidang Keusawanan
Pelajar
Adakah PPB3K senang untuk dipraktikkan?
Senang! PPB3K telah disusun dengan mengambil kira agar ianya mudah dan praktikal untuk diamalkan bila pulang dari sebarang modul PPB3K ini. Tambahan pula modul-modul ini dibawa dalam Bahasa Malaysia serta menggunakan contoh-contoh tempatan agar memudahkan setiap orang memahaminya dengan mudah.
Bagaimana PPB3K akan menguntungkan diri dan organisasi saya?
Ketika ini ramai yang terlupa mengenai soal asas lalu menyebabkan ramai yang membuang tenaga, masa dan wang. Bagi mengatasi cabaran ini, modul-modul PPB3K menekankan soal-soal asas kesedaran diri, kerja berpasukan`dan kepimpinan yang mesti dilaksanakan secara bersepadu jika seseorang individu atau sesuatu organisasi itu mahu berjaya.
Bolehkah saya menjadi agen/jana pendapatan melalui PPB3K?
Melalui skim jana pendapatan PPB3K, anda berupaya menjana pendapatan tambahan yang mudah dan berbaloi. Sila hubungi saya di talian 019-2245-079 atau email saya di sssabasic@yahoo.com
Apakah yang membuatkan tuan boleh terdetik
untuk memulakan idea PPB3K dan seterusnya mendalaminya?
PPB3K bermula berdasarkan satu kesedaran bahawa diri kita
ini amat berharga dan tujuan hidup kita di dunia ini amat penting sesuai dengan
apa yang diperintah oleh Tuhan. Namun ramai yang tidak punya kesedaran
ini. Tambah pula, masa yang ada pada
tangan kita amat pendek walaupun kita menyangka kita punya masa yang panjang.
Seharusnya, setiap detik masa itu dipergunakan sebaik mungkin bagi mencapai
tujuan hidup ini.
PPB3K menyediakan satu kaedah yang sistematik dan berterusan
bagi menangani keperluan di atas. Kaedah ini meliputi tiga kesedaran asas yang
perlu ada pada setiap manusia bagi membina hidup yang sejahtera-bahagia-kaya
iaitu Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan. Tambah
pula, PPB3K ini telah disediakan dengan menitikberatkan hubungan seorang
manusia itu dengan Penciptanya dan hubungan seorang manusia itu dengan manusia
lain.
Apakah yang memberikan tuan kepuasan semenjak
menceburinya?
Kepuasan utama yang saya perolehi ialah bilamana ilmu dan
kaedah yang ada dalam PPB3K ini menyebabkan seseorang atau organisasi itu
berubah ke arah kehidupan yang lebih produktif. This is the feeling which money
cannot buy!
Selain itu, saya sangat puas hati kerana telah dapat
menyiapkan PPB3K ini seperti mana yang ada sekarang kerana saya yakin PPB3K
merupakan satu kumpulan ilmu asas yang amat diperlukan oleh semua manusia bagi
membina hidup yang sejahtera-bahagia-kaya. Jika dulu PPB3K ini merupakan satu
khayalan tetapi kini PPB3K telah menjadi satu realiti. Saya harap PPB3K akan
menjadi satu sumber bagi memperkayakan lagi kumpulan ilmu dalam bidang
pembangunan manusia dan organisasi.
Daripada mulanya idea sehingga sekarang, apakah tanda2
atau apa yang tuan telah nampak betapa pentingnya program macam PPB3K ni?
Tanda penting yang jelas saya nampak ialah bilamana satu
ilmu yang meliputi ke tiga-tiga kesedaran ini (Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja
Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan) ada pada seseorang itu, maka akan timbul
satu tahap kesedaran tinggi dimana wujudnya cara pandang terhadap kehidupan ini
yang bersifat menyeluruh (holistic). Beliau menjadi seorang yang berpandangan
jauh tetapi pada masa yang sama beliau amat peka dengan apa yang perlu
dilaksanakan sekarang.
Apa hobby tuan? Apa passion tuan?
Hobi dan passion saya merupakan perkara yang sama. Hobi dan
passion saya ialah mengenali siapa itu manusia dan organisasi. Seterusnya mengetahui
bagaimanakah seseorang manusia atau organisasi itu mampu mencapai segala
matlamat yang telah ditetapkan. Saya yakin jika kita punya ilmu dan pengalaman
ini, sudah pasti kita menjadi hebat dan campaklah kita kemana pun, kita tetap
hebat!
Segala ilmu dan pengalaman mengenai apa yang telah saya
perolehi inilah yang telah disusun hingga terhasilnya PPB3K.
Daripada pengalaman yang banyak tuan tempohi, suka duka
dalam hidup dan kerjaya, apa yang tuan ingin kongsikan dalam kontek PPB3K?
Perkara pokok yang mahu saya kongsikan ialah setiap manusia
itu perlu kenal diri sendiri. Sungguh, untuk kenal diri itu boleh dibuat dalam
berbagai kaedah. Namun, kaedah yang dikongsi dalam PPB3K ini merupakan satu
kaedah yang cukup mudah dan praktikal. Kenal diri melalui PPB3K akan dibuat
berdasarkan satu rajah yang mewakilli diri seorang manusia. Seterusnya melalui
rajah tersebut, manusia boleh mengetahui bagaimana diri beliau beroperasi dalam
mengeluarkan hasil dalam hidupnya.
Selepas kenal diri, seorang manusia itu perlu cemerlang
dalam tiga kesedaran iaitu dalam Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan
Kesedaran Kepimpinan. Tiga kesedaran ini amat penting bagi seseorang manusia cemerlang
dalam tiga perkara iaitu dalam mengejar matlamat, dalam bekerja dalam satu
pasukan dan dalam memimpin sebuah pasukan. Bukankah ini perkara-perkara amat
penting bagi kehidupan seorang manusia?
Apa
pula dalam kontek keluarga? Pelajar?
Obviously, ke tiga-tiga perkara di atas (mengejar matlamat,
bekerja dalam satu pasukan dan memimpin sebuah pasukan) amat penting bagi
sebuah institusi keluarga. Bayangkan bila semua anggota sebuah keluarga ini
mempunyai ilmu dan mengamal ketiga-tiga kesedaran ini, dengan izin Tuhan
keluarga itu akan mampu membina sebuah keluarga yang berwawasan, saling sokong
menyokong dan berpegang kuat kepada nilai-nilai murni yang sejajar dengan
perintah Tuhan.
Perkara yang sama akan dialami oleh seorang pelajar bilamana
mempunyai ilmu dan mengamal ketiga-tiga kesedaran ini. Pelajar itu akan jelas
dengan apa yang mahu dicapai hidup ini terutama dalam kerjaya beliau nanti.
Bila ini jelas, maka beliau akan nampak mengapa pelajaran beliau amat penting
kerana pelajaran itu akan menjadi jambatan bagi mencapai matlamat kerjaya
beliau. Di samping itu, pelajar itu akan menjadi seorang yang ’all rounder’
kerana beliau mahir dalam bekerja dalam seseuatu pasukan serta mahir dalam
memimpin satu-satu pasukan. Bukankah ini perkara-perkara yang mahu dibina dalam
diri seorang pelajar masakini?
Bagaimana dengan feedback dari peserta2 yang telah
mengikuti program so far?
Secara peribadi, saya bangunkan PPB3K di atas niat saya bagi
membantu seorang manusia itu jelas dengan tujuan hidupnya di dunia ini. Namun,
saya juga jelas bahawa untuk mengubah seseorang itu merupakan luar kuasa saya
dan apa yang saya hanya boleh lakukan ialah setakat cuba mempengaruhi seseorang manusia
itu berubah. Saya hanya menumpukan kepada usaha untuk beri yang terbaik.
Selainnya saya serahkan kepada Yang Maha Kuasa.
Apa pun, sehingga kini, rata-rata feedback dari para peserta
amat memberangsangkan. Segala puji bagi Tuhan!
Apa "value propositions" product PPB3K?
Value proposition PPB3K ini ialah menyediakan satu
pengalaman yang cukup rapat dengan kehidupan atau ’intimacy’ bagi seseorang
yang mengikuti PPB3K ini. Bermulanya ’intimacy’ ini untuk mereka ialah dengan
berkongsi idea bahawa diri mereka cukup istimewa dan kita perlu melihat diri
mereka dan setiap manusia lain itu sebagai ’manusia’ dan bukan ’benda’.
Bertolak dari situ, ’intimacy’ ini akan diteruskan dengan
membawa mereka mengenali keupayaan mereka dalam tiga kesedaran iaitu Kesedaran
Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan. Ini merupakan satu
pengalaman yang cukup ’intimate’ dan amat berguna bagi membina hidup yang
sejahtera-bahagia-kaya.
Bila ini berlaku pada setiap manusia dalam sebuah
organisasi, sudahnya organisasi itu akan turut maju.
Bagaimana tuan boleh convince orang2 yang skeptikal
tentang program2 seperti ini?
Mmm … interesting question. Cuba kita lihat cerita kita di masa
lalu. Ramai pemimpin organisasi mengambil masa terlalu lama atau masih tidak
berupaya membina produktiviti dan mengajak anggota kerja mereka melaksanakan
transformasi organisasi bagi membina organisasi yang cemerlang. Ramai pemimpin-pemimpin
ini sebenarnya nampak keperluan program-program seperti ini untuk memacu
anggota kerja mereka, namun disebabkan mereka selalu melaksana program ini
secara tidak sistematik dan tidak berterusan, sudahnya mereka hilang
kepercayaan dengan program seumpama ini.
Untuk semata-mata menyalahkan pemimpin dalam soal ini tidak
boleh juga sebab tidak terdapat satu program dalam pasaran yang bersifat asas
dan menyeluruh untuk menangani keperluan ini.
Menyedari hakikat inilah PPB3K diwujudkan. PPB3K menekankan
soal-soal asas dan menyeluruh mengenai pembangunan manusia dan organisasi.
Tambah pula PPB3K dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia di samping menggunakan
contoh-contoh tempatan akan memudahkan kita memahami segala konsep PPB3K ini
dengan lebih mudah.
Mungkin ada yang menyatakan bagi melaksanakan keseluruhan
program ini mengambil masa yang lama. Namun, masa perlaksanaan PPB3K ini
sebenarnya jauh lebih singkat daripada masa yang telah kita sia-siakan selama
ini bagi menangani isu produktiviti anggota kerja dan transformasi organisasi
ini. Fikirkan ...
Apa perancangan tuan untuk penambahbaikan program PPB3K?
Bagi saya, dari dulu hingga kini, PPB3K tidak pernah siap
100%. Dari pengalaman, setiap kali saja saya terfikir bahawa sesuatu modul
dalam PPB3K itu telah siap sepenuhnya, akan timbul berikutnya idea baru bagi
menambahbaik modul tersebut. Atas sebab itu, saya telah ‘quit thinking’ bahawa
PPB3K ini akan siap sepenuhnya.
Secara asasnya, rangka kerja (framework) PPB3K yang
menekankan soal Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran
Kepimpinan itu tidak akan diubah. Itu tetap akan menjadi slogan PPB3K dalam
soal bagaimana membangunkan manusia dan organisasi.
PPB3K akan sentiasa ditambahbaik sesuai dengan perkembangan
ilmu manusia. Segala ilmu yang dikenalpasti baik itu akan di ‘adopt and adapt’
ke dalam PPB3K.
Disamping itu, penambahbaikan lain yang akan dilaksanakan
ialah dengan mencari idea dan kaedah agar PPB3K menjadi satu program yang
menekankan soal ‘experiential learning’. Untuk itu, PPB3K harus santai dalam
penyampaiannya. Agar penyampaiannya
santai, saya akan menekankan soal ‘edutainment’ iaitu adunan pendidikan dan
hiburan.
Apa idealism or ideal yang hendak disampaikan dalam PPB3K
ini?
Perhatikan apa yang berlaku kepada ramai manusia sekarang.
Hidup mereka kelihatan begitu sebok tetapi hasil yang diperolehi tidak
seberapa. Sudahnya ramai yang rasa hidupnya tertekan. Hidup terasa bagai robot.
Mereka tidak tahu bagaimana harus keluar dari cara hidup sedemikian. Sudahnya
banyak yang terjebak kepada penyakit kronik dan gejala sosial.
Apa yang diperlukan oleh manusia-manusia sebegini ialah satu
bentuk kesedaran asas. Melalui kesedaran asas ini nanti, mereka akan berupaya
melihat diri mereka dalam hidup ini dan mula berupaya merencana agar sejahtera-bahagia-kaya
dalam hidup ini.
Sudahnya, kesedaran asas inilah yang mahu disampaikan oleh
PPB3K. Kesedaran asas yang akan disampaikan ialah kesedaran asas dalam
Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan.
Bagaimana PPB3K dapat membantu transformasi diri
individu?
Transformasi individu pada peringkat paling asas ialah
individu tersebut perlu punya matlamat dalam hidupnya. Bilamana bermatlamat,
seorang individu barulah mampu meletakkan
dirinya pada garisan yang betul bagi mentransformasi diri beliau.
PPB3K akan membantu secara khusus bagaimana seseorang
individu itu menetapkan matlamat beliau. Bagi mencapai matlamat tersebut,
penerangan khusus akan diberikan mengenai dirinya dan bagaimana dirinya
beroperasi. Ini penting bagi mengoptima penggunaan dirinya. Seterusnya,
pengoptimaan diri ini tidak mampu dicapai jika tidak difokuskan kepada satu
matlamat. Pencapaian matlamat itu kelak akan dijadikan kayu ukur samada
individu tersebut telah berjaya mengoptima penggunaan dirinya.
Bagi membantu menangani cabaran semasa menyusuri perjalanan
dalam usaha capai matlamat itu kelak, PPB3K akan membekalkan ilmu bagaimana
untuk memperkuatkan hati (hati bertindak sebagai ’raja’ dalam diri) dan
meningkatkan kreativiti diri. Ini penting kerana dua perkara ini bertindak
sebagai ’shield’ kepada diri dalam menghadapi sebarang cabaran.
Bagi memperlengkapkan individu tersebut, ilmu asas dalam bagaimana
untuk bekerja dalam satu pasukan dan bagaimana memimpin satu pasukan akan
dibekalkan. Dua ilmu asas ini amat penting kepada individu tersebut kerana
hidup individu tersebut perlu sentiasa berhubungan dengan manusia lain terutama
dalam usaha mencapai matlamat beliau itu. Keupayaan melaksana ilmu ini pasti
menjadi tuas (leverage) untuk memudahkan dan mempercepatkan beliau mencapai
matlamatnya.
Dari soalan diatas, bagaimana ia dapat pula
membantu transformasi organisasi?
Itu mudah. Sebagaimana kita maklum, organisasi itu
diwujudkan dan ditadbir oleh individu-individu. Dalam kata lain, jika
individu-individu yang menganggotai organisasi tersebut hebat, dengan
sendirinya organisasi itu akan jadi hebat dan sebaliknya jika indidu-individu
dalam organisasi tersebut kucar kacir, maka organisasi tersebut akan ikut kucar
kacir.
Sudahnya apa maksud perenggan di atas?
Jika kita mahu mentransformasi organisasi, laksanakan saja
apa yang telah dinyatakan dalam soalan di atas kepada setiap individu dalam
organisasi tersebut. Hanyanya, pemimpin organisasi tersebut mesti peka untuk
menghalakan segala matlamat-matlamat individu dalam organisasi itu agar sejajar
dengan matlamat besar organisasi.
Hebat Individu membawa kepada Hebat Organisasi!
Apakah individu dalam
syarikat lebih besar atau penting dari syarikat? Adakah ia satu conflict? Atau
hanya penyatuan perlu dicari antara individu dan syarikat supaya
"alignment" arah tuju sama?
Berlakunya fenomena
seperti soalan saudara ini adalah kerana sebab asas yang tidak ditangani.
Apakah sebab asas itu? Sebab asas itu ialah individu-individu dalam organisasi
itu tidak jelas hubungkait antara setiap individu dengan organisasi yang
dianggotainya.
Setiap individu dalam
organisasi amat penting. Mereka semua punya peranan dan tanggunjawab yang unik
yang perlu dimainkan bagi mencapai matlamat organisasi. Jika salah seorang
gagal memainkan peranannya, maka tempanglah organisasi tersebut.
Sudah semestinya wujud
konflik bilamana seseorang individu itu merasakan dirinya lebih ‘besar’ dari
organisasinya. Penyatuan antara individu-individu dan organisasi akan mudah
tercapai jika setiap individu dalam organisasi tersebut memahami dan
melaksanakan apa yang disampaikan dalam PPB3K ini.
Apakah bukti2 yang
dapat diberikan untuk mengukuhkan message dari PPB3K ini?
Salah satu bukti utama
yang dapat diketengahkan sebagai penerimaan kepada message yang dibawa oleh
PPB3K ini ialah penerimaan PPB3K di Tenaga Nasional Berhad.
Sebagaimana sedia maklum,
TNB sebagai antara organisasi terunggul dan penting di negara ini, sudah pasti
mengambil berat mengenai pembangunan kompetensi anggota kerjanya secara
holistic (core and support competencies) bagi memastikan anggota kerjanya mampu
melaksana segala tugas. Tugas mereka ini cukup penting dan ini sesuai dengan
slogan TNB yang berbunyi ’keep the lights on’. Ini amat kritikal bagi
pembangunan negara.
Bertolak dari
latarbelakang di atas, sudah pasti TNB amat kritikal dalam pemilihan program
untuk anggota kerja mereka. Dalam kata lain, TNB tidak sewenang-wenangnya
menerima program yang ditawarkan oleh pasaran. PPB3K telah diterimapakai dalam
TNB selepas TNB melihat PPB3K menyediakan satu pendekatan yang praktikal bagi
menangani keperluan anggota kerjanya. Seperti katanya Dato Azman, CEO TNB yang
baru, “Mior, please continue. Don’t Stop!”
Ketika ini, modul-modul
PPB3K sedang digunapakai dalam berbagai inisiatif latihan dan pengurusan
perubahan di TNB. Antara inisiatif dalam
TNB yang menggunapakai modul-modul PPB3K ialah;
Program ‘Sustainability’
- Bahagian Penghantaran
Program ‘Young Executive
Development’ - Bahagian Penghantaran
Program ‘Unit Business
Intervention’ – Bahagian Penghantaran
Program ‘Packaging
Expertise’ – Bahagian Penghantaran
Program ‘Team
Development’ – Bahagian Hal-Ehwal Korporat
Program ‘Leadership
Development’ – Bahagian Pembahagian
Program ‘Pemerkasaan
Diri’ – Pasukan Hoki TNB
Program Pembangunan Diri
& Kepimpinan – ILSAS, TNB
Program Pembangunan Pelajar tajaan Yayasan Tenaga
Nasional.
Sudahnya, secara logik,
jika organisasi besar seperti TNB mendapat faedah dari PPB3K ini, sudah pasti organisasi
lain juga boleh menerima faedah yang sama!